Thursday, 11 October 2018

3 TEORI UTAMA DALAM SOSIOLOGI

FUNGSIONALISME
  • Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan    masyarakat.
  • Teori Fungsionalisme berpendapat bahawa masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri (ada tujuan dan keperluan tertentu)
  • Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat. 
KONFLIK
  • Teori ini menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat. 
  • Teori ini mengkritik kapitalisme.
  • Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.
INTERAKSIONISME SIMBOLIK
  • Teori ini menceritakan bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
  • Teori ini mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif.
  • Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia.
  • Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar.

No comments:

Post a Comment