Friday, 16 November 2018

PENGURUSAN MURID

Merujuk kepada aktiviti mengurus rekod murid, meneliti kebersediaan murid untuk belajar dan memotivasikan murid

Mengurus Rekod Murid :-

  • Pemantapan sistem pengurusan murid di sekolah.
  • Profil murid perlu kemas.
  • Perkembangan akdemik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar.
  • Mempunyai maklumat yang lengkap mengenai murid yang bermasalah.
  • Menyelesaikan masalah murid.

Meneliti kebersediaan murid :-

  • Keadaan dalam diri sendiri yang ada pada seseorang yang bersedia dan berkebolehan untuk memperolehi sesustu pengalaman pembelajaran yang baru.

3 Jenis Kesediaan Belajar

Kesedian Kognitif 
  • Berkait rapat dengan mental untuk memahami dan juga berfikir.
  • Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang. 
⏩Kesediaan Afektif
  • Merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilainya untuk menerima pelajaran yang disampaikan. 
  • Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.
⏩Kesediaan Psikomotor
  • Merujuk kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuklah perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak di dalam seluruh tubuh badan. 

Memotivasikan Murid :-

➧Konsep Motivasi
  • Tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri.
  • Akan membangkitkan respond untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai pada akhirnya. 
  • Bantuan daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh -sungguh.
➧Peneguhan Positif dan Negatif
🔼Peneguhan Positif
  • mendorong pelajar untuk mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.cth: memberi pujian atau menganugerahkan pelajar dengan satu gelaran yang baik.
🔼Peneguhan negatif
  • Dapat menolong mengelakkan tingkah laku negatif yang boleh menghalang kelicinan proses Pengajaran dan Pembelajaran seperti mengasingkan tempat duduk pelajar yang mempunyai tingkah laku bermasalah.

No comments:

Post a Comment