Mengurus Rekod Murid :-
- Pemantapan sistem pengurusan murid di sekolah.
- Profil murid perlu kemas.
- Perkembangan akdemik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar.
- Mempunyai maklumat yang lengkap mengenai murid yang bermasalah.
- Menyelesaikan masalah murid.
Meneliti kebersediaan murid :-
- Keadaan dalam diri sendiri yang ada pada seseorang yang bersedia dan berkebolehan untuk memperolehi sesustu pengalaman pembelajaran yang baru.
3 Jenis Kesediaan Belajar
⏩Kesedian Kognitif- Berkait rapat dengan mental untuk memahami dan juga berfikir.
- Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.
⏩Kesediaan Afektif
- Merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilainya untuk menerima pelajaran yang disampaikan.
- Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.
⏩Kesediaan Psikomotor
- Merujuk kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuklah perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak di dalam seluruh tubuh badan.
Memotivasikan Murid :-
- Tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri.
- Akan membangkitkan respond untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai pada akhirnya.
- Bantuan daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh -sungguh.
- mendorong pelajar untuk mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.cth: memberi pujian atau menganugerahkan pelajar dengan satu gelaran yang baik.
- Dapat menolong mengelakkan tingkah laku negatif yang boleh menghalang kelicinan proses Pengajaran dan Pembelajaran seperti mengasingkan tempat duduk pelajar yang mempunyai tingkah laku bermasalah.